Saturday, 3 October 2015

Perjalanan UmrahKu Bersama Ibu dan Ayah


Tetamu ALLAH

14 Disember 2015

Seumur hidupku inilah pertama kali aku, ma dan ayah menaiki kapal terbang, aku pernah berjanji dengan diriku bahawa penerbangan pertama daku adalah bersama dengan ibu dan ayah ke tanah suci. Alhamdulillah kepada Ya Rabbul Izzati kerana telah mengabulkan doaku untuk menaiki kapal terbang bersama dengan mereka buat pertama kali ketika walaupun aku di usia 30 tahun.
(tiba2 terasa mata masuk habuk pula)

Pertama Kali Naik Kapal Terbang Emirates Airlines
Kenangan Pertama Daku Bersama Ma dan Ayah dalam Kapal Terbang
Kali Pertama Segala-galanya.

Kami menaiki kapal terbang  Emirates Airlines dari KLIA 1 jam 11 pagi waktu Malaysia. Penerbangan ini membuatkan aku begitu teruja sekali kerana aku bersama dengan orang tuaku untuk ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah kami yang pertama kali.  Disebabkan penerbangan kami pada waktu pagi aku berkesempatan untuk melihat panorama alam dari atas kapal terbang. Ya Allah ku bersyukur kerana dapat melihat kebesaran- Mu dan keagungan- Mu. Betapa Kami ini kerdil di sisi- Mu. 
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sambil menunggu train untuk ke pintu berlepas.
Alhamdullilah tepat jam 2 petang waktu Dubai kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, perjalanan kami selama 6 jam dari Kuala Lumpur ke Dubai. Kami transit di sana selama satu jam, tidak kesempatan untuk buat apa-apa sekadar berjalan untuk ke pintu berlepas seterusnya iaitu untuk ke Jeddah dari Dubai yang memakan masa selama 2 jam perjalan


Dubai Pemandanagn dari Atas Kapal Terbang
Pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
Perjalanan 2 jam ini kami habikan masa dengan membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah Azzawajala memuji-muji-Nya dan ku berterima kasih pada-Mu Ya Allah kerana ibu dan ayahKu berkesempatan menjadi tamu di rumah-Mu.
(Maaf Ma dan Ayah anak Mu tidak mampu untuk membawa mu menunaikkan Haji)

Ayah dah pakai kain ihram
Ma pun sama udah sarung telekung

Alhamdullilah kami sampai di Jeddah jam 6 petang waktu Arab Saudi.

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi yang sangat mulia
Syukur pada-Mu Ya Allah

UMRAH PERTAMA

Niat sebelum sampai dalam kapal terbang

Dari Jeddah kami menaniki bas yang disediakan oleh pihak urusan Umrah kami ke Tanah Haram Makkah-tul-Mukkaramah. Tanah yang penuh barakah.
Dalam perjalanan ke sana, lidah kami tidak berhenti-henti berzikir pada Yang Maha Kuasa
Laibaikallah Humalaiba'ik, Laibaikallahsarikalakalabaik....
Ya Allah, runtunnya rasa hati ini kerna tidak pernah menyangka dapat menjejakkan kaki ke sini...
Besarnya Rahmat-Mu Ya Allah kepada kami.(kaca-kaca pula mata nie)

Kami tiba di hotel terlebih dahulu untuk check in hotel dan  mengemaskan barang-barang terlebih dahulu sebelum ke Masjidil Haram. Selesai segalanya kami berkumpul untuk ke Masjidil Haram.
Umrah Kali pertama kami dibimbing oleh Mutawif kami Haji Nazari dari MN Ajwa Travel.
=======================================================================
Tawaf

Saat mata pertama kali melihat Kaabah di hadapan, air mata menitis perlahan tanda melihat kebesaran Allah dan Kaabah ini tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia.

Ketika kami membuat pusingan tawaf buat pertama kalinya rasa debaran yang sangat tinggi di hati, aku memandang langit ku teringat bahawa di langit sana adalah Baitul Makmur di mana tempat para malaikat bertawaf. Ya Allah, besar sungguh rahmat- Mu pada setiap hamba- Mu.
========================================================================
Saie.

Seterusnya kami ke Bukit Safa dan Marwah untuk mengerjakan Saie.
Di sini  teringat akan Kisah Hajar dan Nabi Allah Ismail a.s.

Untuk menghayati atau menyorot kembali amalan Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s yang dimuliakan oleh Allah. Siti hajar berjalan kaki dan berlari di antara bukit Safa dan Marwah untuk mencari air untuk si anak kecilnya Nabi Ismail. Siti Hajar berjalan ketika pergi dan berlari ketika pulang sebaik di dengar suara tangisan Nabi Ismail yang di tinggalkan tidur sendirian. Pengalaman pahit yang ditempuh oleh Siti Hajar akhirnya berjaya dilaluinya dengan tabah demi mematuhi perintah Allah. Maka seseorang yang mengerjakan Sai seharusnya mengenang kembali pengalaman pahit yang dilalui oleh Siti Hajar.

Ya Allah, engkaulah Maha Pengampun akan dosa-dosa kami.
========================================================================
 Bercukur.

Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingkannya. Bagi wanita dengan sekadar panjang jari tangan dan dilakukan selepas Sa'i.
========================================================================
Tertib

Iaitu berturutan rukunnya yang dahulu patut didahulukan dan mana kemudian dikemudiankan. Kesemua rukun yang disebutkan itu tidak boleh diwakilkan kepada orang lain, mestilah dilakukan sendiri sama ada diusung, diupah dan sebagainya.
=======================================================================

Semoga Allah Menjadikan Umrah Kami Umrah Yang Mabrur.
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah, Engkau Pelihara Mereka dari Azab Api Neraka. Aamiin.


Selesai Umrah Pertama